Wednesday, February 19, 2014

Cara Menghapuskan Shortcut Virus Dengan Berkesan

"Aik, kan aku dah delete. Kenapa ada balik? Eh, kenapa ni? Apasal pulak dia..." Pernah tak perkara seperti ini berlaku kepada anda? Mungkin tidak, tetapi perkara seperti inilah yang berlaku kepada saya. Tetapi, sekarang saya dah tahu macam mana nak menghapuskan virus jahat ini iaitu Worm(s). Langkah-langkahnya ialah seperti yang berikut.

1)Mula-mula scan dengan menggunakan Anti-virus anda pada pendrive yang dijangkiti itu.
2)Lepas dah scan, tekan Windows pastu taip Command Prompt dan tekan program itu.
3)Taip nama pendrive anda. Contoh, jika pendrive anda ialah J taip j: dan tekan Enter.
4)Lepas itu, taip attrib -h -s /s *.* /d dan tekan Enter dan tunggu beberapa minit. Seperti gambar dibawah:

Klik untuk besarkan gambar. :)

5)Akhir sekali, check pendrive yang dijangkiti virus itu untuk memastikan semua folder anda ada.
6)Delete semua exe. dan shortcut yang ada di dalam pendrive anda itu.
7)Itu sahaja, senang kan? :)

P/S: Mira minta maaf sangat-sangat kalau tak berkesan dan terima kasih kerana membaca, dan jangan lupa komen kalau menjadi. :)


No comments:

Post a Comment