Friday, February 21, 2014

Rahsia Kalkulator

Assalamualaikum kepada korang semua, semoga dalam keadaan sihat selalu dan mulakan hari dengan senyuman. Bak kata pepatah: Senyum itu sedekah :)

Harini Mira nak habak mai kepada korang semua tentang rahsia kalkulator yang Mira baru saja tahu. Apa itu kalkulator? Kalkulator digunakan oleh sesiapa sahaja tak kira di sekolah atau di kolej dan digunakan untuk mengira nombor serta memudahkan mereka untuk mengira nombor dengan menggunakan alat canggih ini. Tetapi, tahukah anda kalkulator ini mempunyai rahsia. Apa rahsianya? Rahsianya adalah berikut:

1)Emosi
Kalau korang nak tahu, kalkulator juga boleh buat pelbagai emosi selain daripada nombor. Unik kan? Cara-caranya adalah seperti yang berikut:
1)Mula-mula tekan ALPHA>>d/dx atau : iaitu terletak dibawah Alpha.
2)Seterusnya, tekan ) dan tadaaa jadilah smiley. :)

*Korang boleh buat pelbagai emosi yang lain mengikut emosi yang korang suka. Contoh;
1) :D = ALPHA>>d/dx>>ALPHA>>sin.
2) C: = ALPHA>>d/dx>>ALPHA>>hyp.
3) (^-^) dan lain-lain.

2)Nama
Selain daripada membuat emosi, kalkulator juga boleh membuat nama korang atau nama sesiapa je yang korang suka. Tetapi, ada huruf yang tak ada. Oleh itu, korang kena guna nombor yang sama huruf dengan nama korang. Cara-caranya adalah seperti yang berikut:
1)Contoh nama Aisyah, tekan Alpha>>(-)>>1>>5>>Alpha>>,>>ALPHA>>(-)>>CONST>>06.
2)Nama dia akan menjadi macam ni. (A15YAh)

*ALPHA - Semua huruf warna pink dan SHIFT - Semua huruf warna kuning. Gunakan CONST kalau nak cari huruf yang lain.
*Kalau tak jadi tak apa, cuba lagi pasti boleh. Never give up. :) 
P/S: Jangan lupa komen dibawah kalau korang pernah atau tengah cuba trick ini. :)



No comments:

Post a Comment