Wednesday, February 19, 2014

5 Perkara Anda Perlu Tahu Kelebihan Orang Yang Pendiam

 Assalamualaikum kepada pembaca setia blog saya. Harini Mira nak kongsikan sedikit sebanyak mengenai orang yang pendiam ini. Apa kelebihan orang yang pendiam ni? Jom baca untuk mengetahui lebih lanjut. :)

 Orang yang pendiam ni sebenarnya pemalu dan pada masa yang sama, sukar untuk bercakap atau berbual dengan lancar. Hal ini kerana si pendiam ni kurang bercakap dan perkara yang ingin disampaikan itu tidak difahami oleh sesetengah pihak. Sebenarnya, orang yang pendiam ni cerdik tetapi apabila dalam hal perbualan mereka sangat lemah dan hanya mendengar sahaja perbualan rakan mereka yang membuatkan mereka menjadi pendiam. Itu adalah antara salah satu kelemahan orang yang pendiam. Tetapi, orang yang pendiam ini juga mempunyai kelebihan yang anda perlu contohi.

 Antara kelebihan si pendiam ini ialah mempunyai pemikiran yang matang. Oleh kerana, semua orang tahu orang yang pendiam ini tak suka cakap dan adakala buat kerja sekolah je, tak sibuk pasal orang lain. Tetapi, tahukah anda seorang yang pendiam ini tidak menimbulkan sebarang masalah atau suka berceloteh pasal orang lain. Ini adalah salah satu perkara yang kita patut contohi tentang orang yang pendiam ini.

 Seterusnya, mereka fokus dalam sesuatu bidang. Sebagai contoh, guru sedang mengajar di hadapan kelas, si pendiam ini menumpukan sepenuh perhatian terhadap mata pelajaran tersebut manakala pelajar-pelajar yang lain sedang berbual kosong semasa guru sedang mengajar subjek tersebut. Tetapi, adakalanya seorang yang pendiam ini tidak menumpukan perhatian terhadap pelajaran tersebut. Mungkin disebabkan hal-hal tertentu yang dihadapi oleh si pendiam ini yang memberi mereka kesan negatif kepada diri sendiri. (Berfikiran positif adalah jalannya!)

 Selain itu, orang yang pendiam ni sebenarnya seorang yang sabar. Walaupun, berapa banyak rintangan atau gelora yang dihadapi, si pendiam ni tetap sabar, cekal dan tabah. Betapa mulianya sifat orang yang pendiam ini. Tetapi, ingatlah bahawa segala masalah yang dihadapi pasti ada pelangi disebalik hujan yang lebat serta membuatkan anda lebih matang pada masa akan datang. Setiap perkara yang baik kita lakukan pasti akan dibalas dengan perkara yang baik. Ingatlah ye. :)

 Di samping itu, tak lain tak bukan si pendiam ni seorang yang pemaaf (baik hati). Meskipun, mereka tidak melakukan sebarang kesalahan mereka tetap ingin meminta maaf walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Ini ialah salah satu sifat terpuji bagi Allah S.W.T. Tetapi, ada yang segelintir orang yang pendiam ini agak bersifat ego dan tidak mahu minta maaf dahulu tapi bila Hari Raya Aidilfitri barulah nak minta maaf. Seelok-eloknya kita perlulah minta maaf jika kita pernah membuat kesilapan terhadap orang itu secepat yang mungkin. Barulah betul! :)

 Akhir sekali, kalau korang nak tahu orang yang pendiam ni seorang yang suka senyum. Mungkin, anda tidak pernah lihat mereka mengukir senyuman. Tetapi, di dalam hati mereka sangat SANGAT suka senyum dan ketawa tanpa henti. Senang saja nak senyum, sentiasa berfikiran positif dan jadikan masalah atau rintangan itu sebagai motivasi diri untuk maju ke hadapan. Senang je kan? :)

*Segala perkara diatas tidak ada kena-mengena dengan sesiapa sekalipun. Harap maklum.
P/S: Macam karangan lah pulak, hehe.. :)



5 comments:

  1. www.story.blognae.com unduh anime sub indo

    ReplyDelete
  2. Ape yg dikatakan itu memang betul kerana kawan saya ada ciri-ciri seperti itu..

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum... Ape yang awak taip tu mmg betul tapi satu je yg slh pasal org yg pendiam ni. Pendiam dengan pemalu ni berbeza. Sebagai contoh, sebenarnye emma watson tu seorang pendiam tpi bukn pemalu sebb tu dia jdi artis hollywood. Saya tahu sebb sy pon pendiam. Tpi klau untuk public speaking, itu xjadi masalah untuk sy. Sebb sy bukan pemalu tpi pendiam. Setiap kali masuk kelas, sy selalu diam. Satu hari sy ada latihan ceramah (untk sklh agama) waktu tu sy xde rase malu. Cume gementr sikit je. Just simple thing... Semua ade rase gemntr klau kne public speaking kn?

    ReplyDelete